Sabtu, 10 Disember 2011

Shahih ke hadis ini?


Rabiatul Adawiyah

salam ustaz...saya rabiatul bekas plajar sarjana...saya nak tanya ttg ksahihan hdis ini

"Rasulullah s.a.w melarang menyikat rambut di dalam kamar mandi kerana perbuatan itu melemahkan akar rambut. Seseorang itu hendaklah duduk ketika bersikat kerana ia akan mengguatkan otot jantung dan elak daripada melakukannya secara berdiri sebab ia akan melemahkan jantung. Seseorang yang bersikat ketika berdiri akan terjebak dalam masalah hutang. Adalah makruh menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau bersadurkan perak."

syukran ustaz

Kehadapan Rabiatul Adawiyah........

Wasalam terima kasih diucapkan kepada Rabiatul kerana bertanyakan soalan ini ...ustaz minta maaf sangat-sangat kerana lambat membalas pertanyaan tentang hadis ini kerana ustaz terlalu sibuk dengan kerja... program dan kuliah

Baiklah berkenaan dengan matan hadis yang diberikan di atas....setakat ini ustaz tak jumpa matannya di dalam hadis yang shahih...kerana ada satu lagi lafaz hadis yang sebegini....

- (حديث مرفوع) أَنْبَأَنَا أَبُو الْقَاسِمِ بْنُ السَّمَرْقَنْدِيُّ ، أَنْبَأَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ مَسْعَدَةَ ، أَنْبَأَنَا حَمْزَةُ بْنُ يُوسُفَ ، أَنْبَأَنَا أَبُو أَحْمَدَ الْحَافِظُ حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ حَفْصٍ ، حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ بَهْرَامَ ، حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الْهَرَوِيُّ ، عَنْ أَبِي الْبَخْتَرِيِّ ، عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ عَائِشَةَ ، قَالَتْ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :

" مَنِ امْتَشَطَ قَائِمًا رَكِبَهُ الدَّيْنُ " .

Ertinya : Barangsiapa yang menyikat rambut sambil berdiri maka dia akan dibebani dengan hutang

هَذَا حَدِيث موضوع عَلَى رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَفِي إسناده الهروي وَهُوَ الجويباري ، وَأَبُو البختري وَهُوَ وهب بْن وهب ، وهما كذابان وضاعان الْحَدِيث

Menurut ulamak hadis seperti Abu Zur’ah dan juga Syeikh Al-Albani .. telah menetapkan bahawa hadis ini adalah hadis palsu…kerana di dalam sanad hadis ini terdapat dua orang iaitu harawi yang juga dikenali sebagai Juwaibari dan Abu Bukhtari yang juga dikenali sebagai Wahab b. Wahab…mereka berdua adalah pembuat hadis palsu…..

عن أبي الحسن موسى : قال : لا تمتشط من قيام فإنه يورث الضعف في القلب ، وامتشط وأنت جالس فإنه يقوي القلب ويمخج (4) الجلدة

Daripada Abu Hassan Musa berkata : Jangan menyikat rambut ketika kamu berdiri kerana ia akan melemahkan hati….dan hendaklah kamu menyikat rambut sambil duduk kerana ianya menguatkan hati dan mencantikkan kulit.

Kata-kata ini bukan datangnya dari Nabi saw tetapi ianya kata-kata seorang Tabi’in…..

Kesimpulannya hadis di atas bukanlah hadis Nabi saw…maka janganlah kita menyebarkannya dengan menyatakan ianya datang dari nabi saw kerana nabi saw pernah bersabda:

عن المغيرة بن شعبة قال سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول : 
"إن كذبا علي ليس ككذب على أحد ، من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار ، سمعت النبي صل الله عليه وسلم يقول : من نيح عليه يعذب بما نيح عليه". 
صحيح البخاري


Ertinya : Barangsiapa yang berbohong dengan menggunakan namaku (dengan mengatakan ini adalah kata-kataku padahal tidak benar)maka akan disediakan tempat duduknya dari api neraka yang menyala-nyala.

Sila hentikan penyebaran hadis yang dimaksudkan( tentang menyikat rambut) 
.
Wallahua’lam............

My Family 4eveR


My Biodata

Nama : NUR ATIKAH
Um0q : 14 TAHUN
Cita2 : CHEF
H0bi : MAIN FB
T.lahir : 9.6.1997
T.lahir : PARIT BUNTAR
M.kegemaran : LAKSA
M.kegemaran : HOTLIK
N.bapa : ABU HASSAN
N.ibu : EASAH
T,Tinggal : PARIT HAJI WAHAB,BAGAN TIANG,34250 TG.PIANDAG
Sek : S.M.A AL-TAHZIB
Baju : KN
Seluar : LEVI;S
Kasut : NIKE
W.kegemaran : OREN,PINK
Nama Abg : WAN AZMEER,HAFIZ,ISAMUDDIN
          kakak : ASYIKIN
          Adik : ANIS,FARIZAH,RADHI
B.A.Beradik : 8
N.samaran : IKA,KAH


inilah pic gedix sy c0veR lha k0non hehe ?


Pelamin Angan Ku Musnah * AZIE ..... Layan ???

lagu yg pling bez,suara yg sgad merdu... AZIE

Akal Manusia

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik. Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah." Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau." Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau." Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau." Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku." Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu.......