Sabtu, 10 Disember 2011

Shahih ke hadis ini?


Rabiatul Adawiyah

salam ustaz...saya rabiatul bekas plajar sarjana...saya nak tanya ttg ksahihan hdis ini

"Rasulullah s.a.w melarang menyikat rambut di dalam kamar mandi kerana perbuatan itu melemahkan akar rambut. Seseorang itu hendaklah duduk ketika bersikat kerana ia akan mengguatkan otot jantung dan elak daripada melakukannya secara berdiri sebab ia akan melemahkan jantung. Seseorang yang bersikat ketika berdiri akan terjebak dalam masalah hutang. Adalah makruh menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau bersadurkan perak."

syukran ustaz

Kehadapan Rabiatul Adawiyah........

Wasalam terima kasih diucapkan kepada Rabiatul kerana bertanyakan soalan ini ...ustaz minta maaf sangat-sangat kerana lambat membalas pertanyaan tentang hadis ini kerana ustaz terlalu sibuk dengan kerja... program dan kuliah

Baiklah berkenaan dengan matan hadis yang diberikan di atas....setakat ini ustaz tak jumpa matannya di dalam hadis yang shahih...kerana ada satu lagi lafaz hadis yang sebegini....

- (حديث مرفوع) أَنْبَأَنَا أَبُو الْقَاسِمِ بْنُ السَّمَرْقَنْدِيُّ ، أَنْبَأَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ مَسْعَدَةَ ، أَنْبَأَنَا حَمْزَةُ بْنُ يُوسُفَ ، أَنْبَأَنَا أَبُو أَحْمَدَ الْحَافِظُ حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ حَفْصٍ ، حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ بَهْرَامَ ، حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الْهَرَوِيُّ ، عَنْ أَبِي الْبَخْتَرِيِّ ، عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ عَائِشَةَ ، قَالَتْ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :

" مَنِ امْتَشَطَ قَائِمًا رَكِبَهُ الدَّيْنُ " .

Ertinya : Barangsiapa yang menyikat rambut sambil berdiri maka dia akan dibebani dengan hutang

هَذَا حَدِيث موضوع عَلَى رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَفِي إسناده الهروي وَهُوَ الجويباري ، وَأَبُو البختري وَهُوَ وهب بْن وهب ، وهما كذابان وضاعان الْحَدِيث

Menurut ulamak hadis seperti Abu Zur’ah dan juga Syeikh Al-Albani .. telah menetapkan bahawa hadis ini adalah hadis palsu…kerana di dalam sanad hadis ini terdapat dua orang iaitu harawi yang juga dikenali sebagai Juwaibari dan Abu Bukhtari yang juga dikenali sebagai Wahab b. Wahab…mereka berdua adalah pembuat hadis palsu…..

عن أبي الحسن موسى : قال : لا تمتشط من قيام فإنه يورث الضعف في القلب ، وامتشط وأنت جالس فإنه يقوي القلب ويمخج (4) الجلدة

Daripada Abu Hassan Musa berkata : Jangan menyikat rambut ketika kamu berdiri kerana ia akan melemahkan hati….dan hendaklah kamu menyikat rambut sambil duduk kerana ianya menguatkan hati dan mencantikkan kulit.

Kata-kata ini bukan datangnya dari Nabi saw tetapi ianya kata-kata seorang Tabi’in…..

Kesimpulannya hadis di atas bukanlah hadis Nabi saw…maka janganlah kita menyebarkannya dengan menyatakan ianya datang dari nabi saw kerana nabi saw pernah bersabda:

عن المغيرة بن شعبة قال سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول : 
"إن كذبا علي ليس ككذب على أحد ، من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار ، سمعت النبي صل الله عليه وسلم يقول : من نيح عليه يعذب بما نيح عليه". 
صحيح البخاري


Ertinya : Barangsiapa yang berbohong dengan menggunakan namaku (dengan mengatakan ini adalah kata-kataku padahal tidak benar)maka akan disediakan tempat duduknya dari api neraka yang menyala-nyala.

Sila hentikan penyebaran hadis yang dimaksudkan( tentang menyikat rambut) 
.
Wallahua’lam............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan